Saturday, January 14, 2017

#Pengalaman PAC PTD 2017

Woaaa pejam celik pejam celik dah 2017.. so kali ni den nak cerita pasal pengalaman join PAC PTD 2017.
Semua org tau dah kot PAC PTD ni utk apa. Tak payah nak bagi background dah. Ok actually 9-10 Jan 2017 aritu den terpilih utk join PAC PTD di Lembah Kelang.

9 jan:
7 pagi, pendaftaran utk semua peserta, tunjuk surat dari SPA dan IC je. Pastu dapat nombor badan. (no badan den 127). Gerak ramai2 pergi dewan. Kat sana, semua peserta duduk dan tunggu utk timbang berat dan ukur ketinggian. Oh ye. Nanti dorang ada panggil sesiapa yang pregnant, masalah kesihatan, atau ade besi dalam badan, semua kena jumpa ketua yang handle slot pagi ni, Yang ni orang2 KBS handle. Jadual agak lambat sebab tunggu nurse datang utk check blood pressure dan pulse. Kalau x cek, macamana nak proceed dgn physical activities ye dak? Pagi tu, sesiapa yang lebih BMI tak disingkirkan lagi, dorang dibenarkan ambik ujian UKJK. Dekat bahagian nurse tu kita ambik blood pressure dengan pulse pakai device yg auto (bukan jenis pam pakai tangan) tapi mostly yang bacaan tinggi kena tahan kat meja satu lagi yang pakai pam tangan tu. Mungkin kena ceramah bebas pasal darah tinggi kot. Yang ni pun ramai jugak yang luaran nampak sihat, fit. Tapi bacaan tinggi. Kalau tinggi sangat pun tak dibenarkan ambik ujian fizikal. Kang nurse tu pulak yang kena bertanggungjawab kalau jadi apa2.

So kalau lepas semua tadi, proceed dengan ujian daya genggaman, Yang ni mudah je, dia bagi dynamometer, dan bagi kita peluang 2 kali utk grip benda tu. Bacaan paling tinggi, akan di ambil kira. Then proceed dengan duduk jangkau. Duduk jangkau ni ada meja khas dia yang akan di sandarkan ke dinding. Kita pun akan duduk melunjur dan cuba jangkau sejauh mungkin. Lepas duduk jangkau adalah sit up. Sit up ni buat sekali 6 orang. Dalam masa seminit, up lah sebanyak mungkin, janji tangan kita capai line kedua(kedudukan asal tangan di line pertama). Fuh lepas habis semua ni baru la proceed dgn bleep test *dup dap dup dap* Sebenarnya bleep test ni takde passing mark pun, cuma dia akan kira skor..contohnya, utk perempuan umur 24-36, nak dapat 3 markah kena lepas level 3, shuttle 2. Utk dapat 4 markah, kena lepas level 4, shuttle 5. Macam tu jugak ujian2 tadi, semua ada markah, Sit up lebih 30 kali, dpt 3 markah contohnya. So nanti markah2 ni akan dikumpul utk menentukan kedudukan kita emas, perak atau gangsa. Perempuan bleep test mostly level 3 jugak. Paling tinggi level 5 (tak ingat shuttle berapa).

UKJK tamat dalam pukul 2 macam tu. Kami pun beransur2 makan dan solat zohor. Lepas makan dan solat, semua berkumpul semula dalam dewan utk keputusan penyingkiran. Ramai jugak yang tersingkir. Diorang tak umumkan, tapi kita nampak je sebab yang cabut no badan tu semua maknanya tak ada rezeki utk proceed sampai petang. Insyaallah rezeki lebih besar kat tempat lain tu. Rasanya nak dekat 140 org datang, dan yang stay sampai petang 114 orang. Lepas pengumuman, kitorang gerak ke auditorium utk esei BM dan essay BI. Setiap esei 30 minit, dan tak ada had perkataan. Utk BM, kami dapat tajuk lebih kurang macamni: Jenayah siber- tindakan utk membanteras, atau pilihan lagi satu Peranan semua pihak utk membantu golongan muda memiliki rumah. Untuk BI pulak, tajuk2nya adalah lebih kurang camni: The effects of bilateral relationship between Malaysia and China, atau lagi satu, Explain the disciplines that can make an organization efficient and how to overcome problems to make the organization tactful. (semua ni lebih kurang je, tak ingat tajuk yang exact) haha.

Habis jawab esei, semua balik ke dewan asal, dan diteruskan dgn LDK yang di pantau oleh pemerhati psikologi. Mungkin mereka akan bagi markah berdasarkan psikologi peserta dlm memberi sumbangan kepada pasukan masing2. Aktiviti pertama, setiap kumpulan diberi bahan2 dan masa 30 minit utk siapkan jambatan setinggi at least 30 cm, lebar 10 cm, dan dibina dalam bulatan 2 meter diameter. Bina menggunakan masking tape, straw, kertas, cawan kertas. Nanti jambatan2 ni akan diuji dengan bola tenis dan guli. Aktiviti kedua ialah War Cry. Reka War Cry sendiri (mcm All Black punya war cry) berdasarkan lima tema. So ada 5 round utk kita persembahkan war cry kita. Hahaha. Lima tema tu adalah All Black, Silat, Samurai, Red Indian dan Hawaii.

So lepas habis semua tu, kami cabut nombor utk tajuk pengucapan awam dan public speaking. Den punya tajuk: "Iklan mendidik pengguna" dengan "Idealism vs Realism" haaa susahkan... haha. Balik rumah memang cari isi je, pastu tidur. Bangun kul 4 pagi, susun semua isi, gerak gi sana balik, practice dalam kereta. Kul 7.15 baru nak ambik no badan dari urusetia. Haha. Masa dua2 aktiviti ni, akan ada dua juri, Satu, juri pemarkahan. Satu lagi juri macam semalam, juri psikologi, Dia akan menilai psikologi kita. Adakah kita nampak nervous?? Atau terlalu konfiden? Haa..OK last but not least, perbincangan kumpulan selama sejam utk tajuk Bioteknologi menjana ekonomi negara dan group discussion bertajuk Gender Equality. Ada juri yang bagi 5 minit utk skrol HP cari isi, ada yang terus suruh start straight away. Lepas habis semua tu, pulangkan balik no.badan dan urusetia akan mengumumkan langkah untuk menduduki ujian psikometrik(ujian personaliti). Link tu aktif selama 24 jam je, so buat jangan tak buat.


Ni ha dynamo-meter utk ujian hand grip tadi 

Yang ni cara utk duduk jangkau. (sumber: google)
*masa program dijalankan, tak boleh ambil gambar langsung ye kawan-kawan. Dan personaliti anda dinilai setiap masa. Takpayah la nak cek whatsapp setiap 10 minit. Habis program kul 5.30 tu whatsapp la puas2.


Sekian. Doakan je saya lulus. Aminnn.