Sunday, September 28, 2014

#can Lelong.com be trusted / bolehkah lelong.com dipercayai?

Zaman teknologi canggih macam sekarang ni, almost semua benda nak beli online. Tapi bagi den, benda yang perlu di cuba try test tu, lagi reliable kalau beli kat kedai dia sendiri. Baru-baru ni, kawan den ada beli casing handphone Huawei (takde di pasaran gelap) dari Lelong. Lelong dengan Mudah agak sama.

Lelong tu cemana?
Tahu jobstreet tak? Jobstreet tu bukan sekadar tempat orang cari kerja, tapi dia bertindak jugak sebagai agen pencari kerja untuk syarikat2 yang nak iklankan jawatan kosong. Macam tu jugak lelong.com ni. Dia bertindak mengiklankan barang yang company tu nak jual. Bila kita order, dia notify kedai tu, bagitau dia ada orang nak beli barang ni ha. Jadi kedai tu akan bertindak sebetulnya. Pos barang tu kat klien.

17 Sept 2014 yang lepas, kawan den ada beli casing Huawei dari Lelong ni. Nama dealer tu toprankproduct. Casing ni sampai pada 26 Sept. Tu pun den ada hantar reminder from lelong punya akaun. Lambat ke cepat, den rasa tu bergantung kat dealer tu sendiri. 9 hari sebenarnya agak lama jugalah. However, barang sampai dalam keadaan elok dan memuaskan :) itupun den collect sendiri kt Poslaju. Posmen sekarang lembut orangnya..panggil mcm bisik2, pastu bila orang tak dengar or lambat keluar, terus tinggal notis suh gi kutip kt pos ofis. Huh.

sekarang tengah tunggu parcel dari Lazada pula.
Adios.

Sunday, September 21, 2014

#comparative study trip

Disebabkan ambil Urban and Regional Planning, dari mula masuk UIA Gombak lagi lecturer dah pesan, "kumpul duit, nanti 4th year, kamu akan ke luar negara". Jadi yang kaya terus kaya, yang biasa terus bekerja kumpul duit. Termasuklah den.

Sebenarnya lepas matrik, den cuti 7 bulan. To kill the time, den kerja coolblog. Jadi tahun 2011 tu, disebabkan tak ambik short sem, den sambung kontrak kerja coolblog lagi. Terima Kasih bos baik, kak A###h. Hehe. Tahun 2012 den kerja apa tah. Tak ingat lah pulak. Tahun 2013 den kerja tolong buat kuih. Maklumlah, bulan puasa.. Tapi tahun ni tak dapek la. Sebab Praktikal. Tapi tetap dapat elaun walaupun tak masyuk. Huh

Mesyuarat sebelum cuti haritu dah putuskan yang aku jadi Program Coordinator, in charge bahagian planning firm / developer. Jadi masa cuti (dan praktikal) aku dihabiskan dengan pencarian senarai syarikat yang dekat dengan tempat bakal kitorang huni di sana nanti. Oh tak cerita lagi nak gi mana kan. So kami dah putuskan nak ke Korea. Mainstream sangat. tapi nak buat camne lagi. Org atasan suruh ke sana.

Sebenarnya kelas (studio) kami dah bahagi dua kumpulan, satu ke asia, satu ke Europe. Den volunteer nak masuk group Europe. Mula-mula kami nak ke German. Tapi lepas kaji dan mengkaji, German ni tak highlight sangat town planning diorang. Jadi kami decide nak ke Amsterdam pula. Satu dunia maklum dengan kemodenan town planning di amsterdam, dan bakal jadi Smart city. Jadi kenapa tidak kan? Yang ni kami letak extra effort untuk kaji bandar Amsterdam sendiri. Memang bagus sangat Amsterdam ni. Lepas dah siap proposal dan dah print sampai RM 60 (haha), proposal ditolak mentah-mentah. Sebab bawa nama UIA ke tempat yang ada Red Light District. So take note student UIA, jangan sekali-kali pergi Lorong Haji Taib tau! Jadi kami tukar nak ke Spain pulak. Agaknya pihak atasan dah malas nak layan, diorang suruh pergi sekali, tak perlu berpecah.

Jadi dengan penuh rasa gentleman,kami mengalah dan akan ikut ke Asia, iaitu Korea. Maka bermulalah episod pencarian AJK. Satu kelas tu,semua pegang jawatan. Don't worry. Tapi disebabkan den dengan kawan den dah 3 kali ke Matta Fair, 6 Sept 2014 haritu kami ikut AJK Ticketing ke Matta Fair sebab dia tidaklah familiar dengan MATTA dan ticketing. Takpe, benda boleh belajar. Tujuan ke situ hanya untuk cari tiket, sebab dah decide yang kami akan buat style backpackers kat sana, jadi tak perlulah ground arrangement. Kami akan arrange sendiri. Jalan punya jalan, akhirnya kaunter tiket yang paling murah dan available ke Korea adalah dari Parlo Tours. Ada juga tiket murah yang lain, naik Vietnam Airline. Sebelum decide tu kami dah baca review, ada passenger yang pernah experience tandas rosak, lampu tak menyala, so its a big NO. Bukan mengada, tapi sebab kami nak beli tiket untuk 34 orang, perasaan diorang harus dijaga. Kan? Memang orang cakap, rm600 dah boleh dapat tiket ke Korea. Tapi yang tu untuk 3 orang boleh la bang, Ni kitorang nak pergi 34 orang. Nanti yang lain dapat tiket mahal kan dah jadi unfair.

Bajet seorang untuk tiket adalah rm1500, tiket yang kami dapat tu RM 1453..okaylah. Flight pagi dari KLIA (9am), sampai Hong Kong transit, lepas tu sampai Incheon dalam 8.40 malam. Naik Cathay Pacific. So setakat ni tu je progres. Nanti dah prepare apa yang patut, den sambung tulis lagi ok?

Adios.

*den (read: then, 'saya' dalam loghat nogoghi)