Sunday, September 28, 2014

#can Lelong.com be trusted / bolehkah lelong.com dipercayai?

Zaman teknologi canggih macam sekarang ni, almost semua benda nak beli online. Tapi bagi den, benda yang perlu di cuba try test tu, lagi reliable kalau beli kat kedai dia sendiri. Baru-baru ni, kawan den ada beli casing handphone Huawei (takde di pasaran gelap) dari Lelong. Lelong dengan Mudah agak sama.

Lelong tu cemana?
Tahu jobstreet tak? Jobstreet tu bukan sekadar tempat orang cari kerja, tapi dia bertindak jugak sebagai agen pencari kerja untuk syarikat2 yang nak iklankan jawatan kosong. Macam tu jugak lelong.com ni. Dia bertindak mengiklankan barang yang company tu nak jual. Bila kita order, dia notify kedai tu, bagitau dia ada orang nak beli barang ni ha. Jadi kedai tu akan bertindak sebetulnya. Pos barang tu kat klien.

17 Sept 2014 yang lepas, kawan den ada beli casing Huawei dari Lelong ni. Nama dealer tu toprankproduct. Casing ni sampai pada 26 Sept. Tu pun den ada hantar reminder from lelong punya akaun. Lambat ke cepat, den rasa tu bergantung kat dealer tu sendiri. 9 hari sebenarnya agak lama jugalah. However, barang sampai dalam keadaan elok dan memuaskan :) itupun den collect sendiri kt Poslaju. Posmen sekarang lembut orangnya..panggil mcm bisik2, pastu bila orang tak dengar or lambat keluar, terus tinggal notis suh gi kutip kt pos ofis. Huh.

sekarang tengah tunggu parcel dari Lazada pula.
Adios.